Pokok Sinai
  • UTAMA
  • PENGENALAN▼
    • Sejarah Bonsai
    • Minat Bonsai
  • JENIS BONSAI▼
    • Bunga Kertas
  • TIPS▼
    • Anak Pokok Sinai
    • Ambil Anak Pokok
    • Mengecilkan Daun
    • Penjagaan Pokok
    • Membentuk Bonsai
  • GALERI▼
    • Tapak Semaian
UTAMA » Sejarah » Sejarah Pokok Bonsai

Sejarah Pokok Bonsai

Posted by pokok sinai
» Sejarah
» Isnin, 30 April 2018

Sejarah Pokok Sinai

Tahukah anda apa yang dimaksudkan 'Bonsai' dan asal usulnya? Bonsai sebenarnya adalah dari perkataan Jepun yang bermaksud pokok di dalam bekas atau pasu. Ada juga yang menyatakan perkataan Bonsai adalah bermaksud 'Kerdil'.

Pendapat lainnya menyatakan asal usul Bonsai ini adalah dari negara China dan ia dikatakan bermula lebih dari 2,000 tahun yang lalu.

Pokok bonsai wujud dalam pelbagai bentuk atau gaya. Pokok bonsai secara asasnya adalah berbatang tegak. Namun, bentuk yang semakin menarik perhatian adalah berbatang condong, pokok dahannya berjuntaian dan pelbagai jenis bentuk lagi.

Antara pokok yang sering ‘dibonsaikan’ dan diminati ialah Japanese Cedar, Japanese Larch, Japanese Maple, Chinese Juniper, Trident Maple dan Scot Pine. Pokok tempatan yang sesuai dijadikan bonsai ialah pokok Melati, Sinai dan pokok Kemuning.

Pokok yang hendak dijadikan bonsai biasanya ditanam di dalam pasu yang kecil agar pertumbuhannya bantut. Penjagaannya juga mudah, hanya memerlukan banyak air disiram dua kali sehari kerana pokok diletakkan di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari. (hanya pokok yang sudah 'dewasa')

Perkara yang sukar dan memerlukan sedikit kemahiran ialah membentuk serta menghasilkan sepohon bonsai yang menarik. Kepada anda yang meminati pokok bonsai tetapi tiada bakat untuk membentuknya, bolehlah mendapatkan bonsai yang sudah siap sedia. Harganya pun boleh tahan kerana 'popularitinya'.

Kebiasaanya, harga sepohon bonsai bergantung kepada keunikkan dan usianya. Menurut kata pakar pula, pokok bonsai yang cantik dan menarik perlu memenuhi tiga kriteria utama iaitu umur pokok yang tua, daun yang kecil dan pokok yang tahan lasak. Inilah pokok bonsai, semakin cantik, semakin mahal harganya.

---------KONGSI KE :--------

Facebook Twitter Google+

Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Pengunjung

Catatan Popular

  • Tips Penjagaan Pokok Sinai
    Bagaimanakah cara penjagaan pokok bonsai mengikut pengalaman saya. Di sini saya berikan beberapa tips yang anda perlu tahu dalam penjagaan...
  • Membentuk Bonsai Bunga Kertas
    Pokok bunga kertas atau nama saintifiknya Bougenville memang ramai yang meminatinya. Boleh dikatakan pada setiap rumah ada menanamnya sam...
  • Cara Mempercepatkan Pertumbuhan Pokok Sinai
    Bagaimana cara untuk membesarkan batang pokok sinai yang bersaiz kecil dengan cepat iaitu apabila ditanam di dalam pasu? Melalui pengalam...

Copyright © Pokok Sinai. All rights reserved.