Pokok bunga kertas atau nama saintifiknya Bougenville memang ramai yang meminatinya. Boleh dikatakan pada setiap rumah ada menanamnya samada atas tanah ataupun dalam pasu. Ini kerana pokok bunga kertas amat mudah ditanam dan boleh dikategorikan sebagai pokok bunga yang senang hidup walaupun tanpa penjagaan yang rapi.
Bagi peminatnya, pokok bunga kertas memang unik kerana memiliki banyak jenis, bermacam-macam warna bunganya, bentuk serta akarnya yang menarik sehingga boleh dijadikan Bonsai bagi mereka yang berkemahiran.
Pokok bunga kertas mudah dibiakan melalui keratan batang. Kerat batang pokok yang sudah matang kemudian 'cucuk' atau tanam dalam pasu. Siram air dan biarkan pada pancaran cahaya matahari. Selang beberapa hari atau minggu, anda akan nampak tunas baru akan muncul.
Pokok ini sesuai untuk semua jenis tanah. (atas pengalaman saya yang baru tanam pokok ini). Tidak perlu susah-susah fikir pasal baja kerana anda boleh menggunakan air basuhan beras, air basuhan ikan atau kulit buah pun boleh dan ini amat sesuai dijadikan baja untuk untuk pertumbuhan pokok bunga kertas anda.
Dahulu mula-mula tanam pokok bunga kertas ini, nampak serabut kerana halaman rumah akan dipenuhi dengan daunnya yang kering gugur bila musim luruh. Sampai satu ketika mahu saja buang.
Lepas lihat kawan-kawan tanam serta bentuk pokok bunga kertas menjadi 'ala-ala' bonsai, saya pun hendak cuba. Saya lihat banyak video dari Youtube dan laman web serta blog bagaimana hendak membentuk pokok bunga kertas pada peringkat awalnya sebelum mencuba sepohon pokok bunga kertas yang berusia 1 tahun yang saya beli dahulu.
Pokok bunga kertas itu dahulunya kecil sahaja tapi kini dah setahun saya beli dan tanam, sudah membesar. Mula-mula dahulu memang hendak buang sebab sudah tinggi dan berserabut. Lepas potong dahan serta rantingnya beberapa kali, batangnya mula mengeluarkan tunas yang baru.
Lama kelamaan, jadilah seperti gambar di atas cuma bunganya yang berwarna merah sahaja sudah tiada sebab hujan berhari-hari sejak kebelakangan ini.
Pokok bunga kertas yang ini sudah lama, rasa-rasa sudah hampir 4 tahun beli dan tanam. Bunga warna merah. Pokok ini saya sudah 'angkat' sedikit bagi naik akarnya yang bersirat. Dahulu serabut juga tapi bila sudah dibentuk, cantik pula tapi sayang sikit sebab daunnya nampak layu terkena semburan nyamuk Aedes berhari-hari di kawasan saya, maklumlah pegawai kesihatan kata kawasan saya tinggal ini sudah jadi kawasan wabak Denggi.
Nantikan pokok bunga kertas yang lain dari saya, walaupun tidaklah seberapa serta jauh beza dari orang-orang yang 'pro bonsai' yang penting kita ada kemahuan, minat serta mahu belajar.