Pokok Sinai
  • UTAMA
  • PENGENALAN▼
    • Sejarah Bonsai
    • Minat Bonsai
  • JENIS BONSAI▼
    • Bunga Kertas
  • TIPS▼
    • Anak Pokok Sinai
    • Ambil Anak Pokok
    • Mengecilkan Daun
    • Penjagaan Pokok
    • Membentuk Bonsai
  • GALERI▼
    • Tapak Semaian
UTAMA » Tips » Cara Mempercepatkan Pertumbuhan Pokok Sinai

Cara Mempercepatkan Pertumbuhan Pokok Sinai

Posted by pokok sinai
» Tips
» Khamis, 6 Disember 2018


Bagaimana cara untuk membesarkan batang pokok sinai yang bersaiz kecil dengan cepat iaitu apabila ditanam di dalam pasu? Melalui pengalaman saya menanam pokok sinai, jika mahukan pokok Sinai yang cantik dari segi bentuk pokok, besar atau kecil batangnya serta daun yang hijau tua, anda boleh mencuba tips ini.

1. Ukuran Pasu

Untuk membentuk pertumbuhan akar serta batang pokok Sinai dengan lebih cepat di dalam pasu adalah dengan menggunakan pasu yang agak besar supaya akar pokok dapat membiak serta memanjang dengan cepat. Jika menggunakan pasu yang agak kecil ini akan memperlahankan pertumbuhan akar dan batangnya. Pokok Sinai anda akan lambat untuk membesar.


2. Peranan Tanah

Tanah di dalam pasu juga memainkan peranan dalam pertumbuhan pokok Sinai anda. Gunakan tanah yang sesuai iaitu yang agak lembut dan mudah digembur walaupun sudah berbulan-bulan anda menanamnya. Jangan menggunakan tanah yang agak keras dan susah digembur walaupun sudah disiram air berhari-hari kerana ini akan membuatkan akar pokok 'terbantut' dan sukar untuk membiak. Walaupun pokok Sinai anda hidup tetapi lambat dari segi pembesaran serta pengeluaran tunas yang baru.

3. Dawai Membentuk Pokok

Pokok sinai yang sudah dibentuk dengan menggunakan dawai atau wayar haruslah diperiksa kerana dikhuatiri boleh merosakkan kulit pokok malah tumbesaran batang serta dahan pokok boleh terbantut (sukar membesar). Jika dawai yang sudah dibentuk sudah mendapatkan hasil yang dikehendaki, maka buang dawai tersebut agar batang atau dahan yang telah dibentuk akan cepat membesar.

Jika anda sudah memiliki pokok Sinai yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki seperti bentuk dan batangnya yang sudah besar tetapi anda mahu kekalkannya (tidak mahu ianya membesar), maka gunakan pasu yang kecil sahaja untuk pokok tersebut (sesuai dalam dan lebar untuk akar pokok tersebut). Pokok Sinai anda akan tetap kekal seperti itu. (terbantut).

Untuk mendapatkan daun pokok yang hijau gelap serta sihat (daun kecil), biarkan pokok Sinai anda agak terdedah pada pancaran cahaya matahari serta siram mengikut keadaan iaitu diawal pagi dan juga disebelah petang. (pastikan pasu pokok anda dialas dengan bata pasir, kayu atau sebagainya jika pasu di letakkan di atas lantai simen bagi mengelakkan tanah menjadi cepat keras kerana menyerap haba panas cahaya matahari).

(Ini sebahagian daripada pengalaman saya menanam serta menjaga pokok sinai, jika ada salah dan silap mohon dimaafkan.)

---------KONGSI KE :--------

Facebook Twitter Google+

Catatan Lama
Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Pengunjung

Catatan Popular

  • Tips Penjagaan Pokok Sinai
    Bagaimanakah cara penjagaan pokok bonsai mengikut pengalaman saya. Di sini saya berikan beberapa tips yang anda perlu tahu dalam penjagaan...
  • Membentuk Bonsai Bunga Kertas
    Pokok bunga kertas atau nama saintifiknya Bougenville memang ramai yang meminatinya. Boleh dikatakan pada setiap rumah ada menanamnya sam...
  • Cara Mempercepatkan Pertumbuhan Pokok Sinai
    Bagaimana cara untuk membesarkan batang pokok sinai yang bersaiz kecil dengan cepat iaitu apabila ditanam di dalam pasu? Melalui pengalam...

Copyright © Pokok Sinai. All rights reserved.