Pokok Sinai
  • UTAMA
  • PENGENALAN▼
    • Sejarah Bonsai
    • Minat Bonsai
  • JENIS BONSAI▼
    • Bunga Kertas
  • TIPS▼
    • Anak Pokok Sinai
    • Ambil Anak Pokok
    • Mengecilkan Daun
    • Penjagaan Pokok
    • Membentuk Bonsai
  • GALERI▼
    • Tapak Semaian
UTAMA » Tips » Tips Penjagaan Pokok Sinai

Tips Penjagaan Pokok Sinai

Posted by pokok sinai
» Tips
» Jumaat, 1 Jun 2018

Tips Penjagaan Pokok Sinai

Bagaimanakah cara penjagaan pokok bonsai mengikut pengalaman saya. Di sini saya berikan beberapa tips yang anda perlu tahu dalam penjagaannya.

Penggunaan tanah yang sesuai untuk pokok bonsai.

Gunakan tanah merah kasar atau tanah merah bakar yang agak halus.(tanah hitam boleh juga dicampurkan dengan tanah merah). Pastikan tanah merah kasar diletakkan dalam pasu di bahagian paling bawah. Ini dilakukan agar air yang disiram tidak mudah bertakung. 

Jika air bertakung, kemungkinan akar pokok akan mudah mati serta menjadi busuk. Kemudian, masukkan tanah merah bakar yang agak halus sepenuhnya. Kandungan tanah yang banyak di dalam pasu membantu bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan akar pokok bonsai. 

Tanah bakar yang halus mampu mempercepatkan pertumbuhan akar pokok serta mampu menyerap air dengan baik. Jika mahukan pokok bonsai yang kecil, maka letakkan di dalam pasu yang kecil dan jika mahukan pokok bonsai yang agak besar, letakkan di dalam pasu yang agak besar. Pokok bonsai akan membesar mengikut keadaan besar atau kecilnya pasu.

Air mempengaruhi pertumbuhan pokok bonsai

Kita sedia maklum bahawa semua tumbuhan termasuk kita sebagai manusia amat memerlukan air untuk hidup. Pokok bonsai sama seperti pokok hiasan yang lain iaitu air yang disiram haruslah mudah diserap tanah dan mudah mengalir melalui bahagian bawah pasu. 

Siram pokok bonsai anda dua kali dalam sehari iaitu diwaktu awal pagi dan petang. (ini dilakukan pada waktu tersebut agar air siraman tidak mudah kering dan tanah akan sentiasa menjadi agak lembah). Siram atau spray air pada keseluruhnya dari daun hingga ke tanah terutamanya dimusim panas dan kering.

Penggunaan baja

Anda disyorkan untuk membaja pokok bonsai seminggu sekali. Pokok bonsai yang sudah matang memerlukan baja dua kali sebulan dan pastikan baja yang ditabur tidak kena pada batangnya bagi mengelakkan batang melecur. (baja warna biru bercampur bahan kimia dan panas).

Jika pokok bonsai yang baru (baru dipindahkan dari tanah ke dalam pasu atau baru dipangkas, cuba kurangkan penggunaan baja. (sebaik-baiknya biarkan dahulu dalam seminggu)

Cahaya yang sesuai untuk pokok bonsai

Pokok bonsai memerlukan cahaya matahari penuh dan sebaik-baiknya adalah pada waktu cahaya matahari terbit diawal pagi, sekurang-kurangnya empat jam sehari. Sekiranya kurang mendapat cahaya matahari yang mencukupi, daunnya akan menjadi besar dan keadaan ini menjejaskan bentuk pokok bonsai anda.

Biarkan pokok bonsai terdedah dengan cahaya matahari yang banyak lebih-lebih lagi ketika daun atau tunas baru mula hendak tumbuh. (hanya bagi pokok bonsai yang sudah matang, pokok bonsai yang masih baru tidak digalakkan berbuat sedemikian dan hanya mencukupi dengan cahaya matahari pada awal pagi sahaja).

Ini merupakan sedikit info daripada pengalaman baru saya dalam penjagaan pokok bonsai Sinai dan mungkin ianya juga sesuai untuk bonsai jenis lain.

---------KONGSI KE :--------

Facebook Twitter Google+

Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Pengunjung

Catatan Popular

  • Tips Penjagaan Pokok Sinai
    Bagaimanakah cara penjagaan pokok bonsai mengikut pengalaman saya. Di sini saya berikan beberapa tips yang anda perlu tahu dalam penjagaan...
  • Membentuk Bonsai Bunga Kertas
    Pokok bunga kertas atau nama saintifiknya Bougenville memang ramai yang meminatinya. Boleh dikatakan pada setiap rumah ada menanamnya sam...
  • Cara Mempercepatkan Pertumbuhan Pokok Sinai
    Bagaimana cara untuk membesarkan batang pokok sinai yang bersaiz kecil dengan cepat iaitu apabila ditanam di dalam pasu? Melalui pengalam...

Copyright © Pokok Sinai. All rights reserved.