Pokok Sinai
  • UTAMA
  • PENGENALAN▼
    • Sejarah Bonsai
    • Minat Bonsai
  • JENIS BONSAI▼
    • Bunga Kertas
  • TIPS▼
    • Anak Pokok Sinai
    • Ambil Anak Pokok
    • Mengecilkan Daun
    • Penjagaan Pokok
    • Membentuk Bonsai
  • GALERI▼
    • Tapak Semaian
UTAMA » Tips » Cara Mengecilkan Daun Pokok Sinai

Cara Mengecilkan Daun Pokok Sinai

Posted by pokok sinai
» Tips
» Khamis, 31 Mei 2018

Tips Mengecilkan Daun Pokok Sinai

Mula-mula nampak semua daunnya sama iaitu kecil. Lama-kelamaan apabila tumbuh tunas yang baru, daunnya mulai membesar sehinggah ada daunnya yang sebesar syiling 50 sen. Apabila dipotong ranting baru tersebut, daun yang tumbuh tetap membesar tidak seperti dahulu, daunnya kecil.

Bagaimana hendak menghasilkan daun pokok sinai yang kecil? Saya ada mencari panduan dalam laman Youtube tetapi sukar mendapatkan apa yang dikehendaki. Ada petua yang mengatakan apabila daun-daunnya tumbuh membesar, buang daun tersebut nanti akan tumbuh daunnya yang kecil. Apabila dicuba, ternyata daunnya tetap tumbuh membesar. Mungkin petua itu untuk pokok jenis lain.

Rupa-rupanya daun pokok sinai yang mempunyai daunnya yang kecil merupakan pokok yang sudah tua atau pokok tersebut sudah 'dicantas' banyak kali seperti contoh ketika saya membersihkan kawasan tanah, saya sudah beberapa kali 'mencantas' pokok sinai yang banyak tumbuh meliar. Kawasan tanah tersebut juga sudah beberapa kali saya bakar rumput serta daun-daun pokok besar yang sudah ditebang.

Apabila pokok sinai tersebut tumbuh kembali, saya akan 'mencantasnya' semula. Rupa-rupanya pokok sinai yang sering dipotong atau 'dicantas' akan menghasilkan daun kecil-kecil yang sangat cantik.

Kini apabila saya memindahkan pokok sinai tersebut dari tanah ke dalam pasu, pokok sinai tersebut tetap menghasilkan daunnya yang kecil. Apabila batang tunas baru tumbuh, ia akan memanjang jika dibiarkan lama, daun yang keluar akan membesar kerana daun itu dari tunas pokok yang baru. Apa yang anda perlu buat adalah potong semua batang tunas baru yang tidak diperlukan dan tinggalkan batang pokok yang anda kehendaki atau yang sudah dibentuk.

Cuba lihat pokok sinai yang besar, daunnya semua kecil-kecil dan cantik kerana sering dipotong atau ditrim batang dan daunnya apabila tumbuh memanjang. Antara lainnya, pokok sinai yang diletakkan pada tempat terbuka pada pancaran cahaya matahari juga akan menghasilkan daun yang kecil berbanding pokok yang diletakkan pada tempat redup yang jauh dari cahaya matahari, hasilnya daun pokok akan tumbuh membesar.

Jika anda ada cara yang lain dan lebih baik mari kita kongsikan bersama kerana ini hanya dari pengalaman saya yang masih baru dalam dunia bonsai.

---------KONGSI KE :--------

Facebook Twitter Google+

Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Pengunjung

Catatan Popular

  • Tips Penjagaan Pokok Sinai
    Bagaimanakah cara penjagaan pokok bonsai mengikut pengalaman saya. Di sini saya berikan beberapa tips yang anda perlu tahu dalam penjagaan...
  • Membentuk Bonsai Bunga Kertas
    Pokok bunga kertas atau nama saintifiknya Bougenville memang ramai yang meminatinya. Boleh dikatakan pada setiap rumah ada menanamnya sam...
  • Cara Mempercepatkan Pertumbuhan Pokok Sinai
    Bagaimana cara untuk membesarkan batang pokok sinai yang bersaiz kecil dengan cepat iaitu apabila ditanam di dalam pasu? Melalui pengalam...

Copyright © Pokok Sinai. All rights reserved.