Pokok Sinai
  • UTAMA
  • PENGENALAN▼
    • Sejarah Bonsai
    • Minat Bonsai
  • JENIS BONSAI▼
    • Bunga Kertas
  • TIPS▼
    • Anak Pokok Sinai
    • Ambil Anak Pokok
    • Mengecilkan Daun
    • Penjagaan Pokok
    • Membentuk Bonsai
  • GALERI▼
    • Tapak Semaian
UTAMA » Tips » Anak Pokok Sinai

Anak Pokok Sinai

Posted by pokok sinai
» Tips
» Rabu, 23 Mei 2018

Pertumbuhan Anak Pokok Sinai

Bila berbicara tentang pokok Sinai sudah tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak mendapatnya sama ada mencari di kawasan-kawasan hutan berlukar ataupun dibeli terus dari nursery yang menjualnya.

Dahulu sebelum mengetahui cara-caranya, saya mengalinya sendiri pokok tersebut yang tumbuh banyak di kawasan tanah yang saya beli. Mengali untuk mengambil pokok tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana pokok tersebut mempunyai akar yang begitu sensitif terutamanya akar serabut.

Sebenarnya, mencari anak-anak pokok yang tumbuh di sekeliling pokok induk memang sukar kerana bukan semua pokok tersebut mengeluarkan anak melalui akar pokok. Ia nya banyak bergantung kepada kandungan mineral dalam tanah yang membantu pertumbuhan ibu pokok sehingga mampu mengeluarkan anak pokok melalui akar-akar nya.

Anak Pokok Sinai

Pada mulanya, saya berjaya mengambil beberapa pokok tersebut yang batangnya berukuran hanya sebesar jari 'hantu' tetapi hanya mampu bertahan dalam 1 hingga 2 minggu sahaja kemudian pokok tersebut mati.

Sebenarnya saya tidak tahu cara yang sebenar serta ingatkan pokok yang baru di ambil dan ditanam mampu bertahan pada cahaya matahari yang berlebihan. Selepas mendapatkan nasihat daripada seorang sahabat, pokok yang saya ambil mulai hidup.

Sekarang ini, saya hanya mengambil anak-anak pokok yang tumbuh meliar dan dimasukkan ke dalam pasu. (pastikan anak pokok tersebut masih mempunyai akar serabut setelah digali dari dalam tanah)

---------KONGSI KE :--------

Facebook Twitter Google+

Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Pengunjung

Catatan Popular

  • Tips Penjagaan Pokok Sinai
    Bagaimanakah cara penjagaan pokok bonsai mengikut pengalaman saya. Di sini saya berikan beberapa tips yang anda perlu tahu dalam penjagaan...
  • Membentuk Bonsai Bunga Kertas
    Pokok bunga kertas atau nama saintifiknya Bougenville memang ramai yang meminatinya. Boleh dikatakan pada setiap rumah ada menanamnya sam...
  • Cara Mempercepatkan Pertumbuhan Pokok Sinai
    Bagaimana cara untuk membesarkan batang pokok sinai yang bersaiz kecil dengan cepat iaitu apabila ditanam di dalam pasu? Melalui pengalam...

Copyright © Pokok Sinai. All rights reserved.