Keindahan pokok bonsai bukan sahaja terletak pada batang, ranting serta daunnya yang kehijauan sahaja tetapi ianya juga memerlukan teknik serta cara bagi membentuk pokok tersebut supaya menjadi lebih menarik. Cara untuk membuat bentuk atau lengkungan pada ranting pokok bonsai (Sinai) yang saya praktikkan.
1 - Sediakan peralatan seperti gunting dan kawat atau kabel pengikat pokok secukupnya (saiz yang sesuai untuk ranting yang mahu dibentuk). Peralatan tersebut boleh didapati di Nursery atau pasaraya.
2 - Lilitkan kawat atau kabel pada ranting pokok yang anda kehendaki untuk membentuknya. Pastikan ranting pokok tersebut sesuai untuk dibentuk dan lilitkan kawat atau kabel secara berhati-hati supaya ranting pokok yang mahu dibentuk atau dilengkungkan tidak patah.
3 - Selepas siap dibentuk ranting pokok tersebut, cabut daun-daunnya pada ranting tersebut bagi pertumbuhan tunas serta daun yang baru.(cabut hingga habis daun pada ranting-ranting yang telah dibentuk dengan kawat atau kabel, cuma anda perlu tinggalkan tunas daun baru jika ada).
4 - Kemudian setelah selesai, periksa semula ranting-ranting yang telah dibentuk, potong mana-mana ranting kecil atau bahagian yang tidak diperlukan.
5 - Selalunya proses ini saya lakukan pada waktu malam atau diawal waktu pagi kerana ranting pokok tersebut menjadi mudah dibentuk ketika itu. Anda hanya perlu basahkan ranting-rantingnya dengan air dengan cara gunakan spary air.
Begitulah cara saya untuk membentuk atau membuat lengkungan pada ranting-ranting pokok Sinai. Jika anda mempunyai teknik atau cara yang lain, boleh kongsikan bersama supaya beroleh manafaat bersama.