Pokok Sinai
  • UTAMA
  • PENGENALAN▼
    • Sejarah Bonsai
    • Minat Bonsai
  • JENIS BONSAI▼
    • Bunga Kertas
  • TIPS▼
    • Anak Pokok Sinai
    • Ambil Anak Pokok
    • Mengecilkan Daun
    • Penjagaan Pokok
    • Membentuk Bonsai
  • GALERI▼
    • Tapak Semaian
UTAMA » Tips » Cara Mengambil Anak Pokok Sinai

Cara Mengambil Anak Pokok Sinai

Posted by pokok sinai
» Tips
» Sabtu, 26 Mei 2018

Anak Pokok Sinai

Mula-mula periksa dahulu anak pokok yang mahu diambil. Pastikan anak pokok tersebut sudah mempunyai akar serabut walaupun bercantum dengan akar dari pokok induk. (sekurang-kurangnya seurat atau dua akar serabutnya yang tumbuh).

Gali sekeliling anak pokok tersebut hingga menjumpai pangkal akar utamanya kemudian potong akar tersebut. (akar yang bercantum dengan pokok induk).

Kemudian sediakan plastik beg yang sudah diisi dengan tanah. (campuran Tanah hitam dan tanah merah yang ada dijual di nursery menjual pokok atau yang terbaik tanah dari kawasan sekitar pokok tersebut)

Tanam anak pokok yang sudah digali itu ke dalam plastik beg kemudian siram dengan air yang banyak. Letakkan anak pokok tersebut di kawasan terbuka yang terdedah dengan cahaya matahari di waktu pagi iaitu sekitar matahari mulai terbit hingga jam 11.00 pagi. (elakkan dari anak pokok terkena cahaya matahari diwaktu tengah hari yang terik)

Siram anak pokok 2 kali dalam sehari. (cara terbaik siram dengan menggunakan 'spray air' sahaja). Pastikan tanah tidak terlalu lembab dalam jangkamasa yang agak lama seperti tiga hingga empat hari kerana dikhuatiri akar anak pokok akan menjadi 'reput' dan busuk.

Cuba lihat dalam seminggu samada daun anak pokok masih segar dan tidak layu atau gugur. Jika daun masih segar, peratusan untuk hidup amat tinggi jika layu dan mulai gugur, tandanya ada masalah pada akar pokok atau tanah yang digunakan tidak sesuai. Selamat mencuba

---------KONGSI KE :--------

Facebook Twitter Google+

Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Pengunjung

Catatan Popular

  • Tips Penjagaan Pokok Sinai
    Bagaimanakah cara penjagaan pokok bonsai mengikut pengalaman saya. Di sini saya berikan beberapa tips yang anda perlu tahu dalam penjagaan...
  • Membentuk Bonsai Bunga Kertas
    Pokok bunga kertas atau nama saintifiknya Bougenville memang ramai yang meminatinya. Boleh dikatakan pada setiap rumah ada menanamnya sam...
  • Cara Mempercepatkan Pertumbuhan Pokok Sinai
    Bagaimana cara untuk membesarkan batang pokok sinai yang bersaiz kecil dengan cepat iaitu apabila ditanam di dalam pasu? Melalui pengalam...

Copyright © Pokok Sinai. All rights reserved.